Hi Assalamualaikum. Welcome to Eycha's private blog. Enjoy your reading. Thank you. +Follow | Dashboard


♫ Music tells everything ♫

✿ Princess Hourie ✿

Credit

Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome



Thursday, 20 December 2018 | 09:54 | 0 comments


halu. okay aku tahu dah lama gila tak menulis kat blog ni. tapi disebabkan aku bosan gila tengah study week, and aku banyak habiskan masa termenung je kat rumah ni. so better aku luahkan kat blog kan?

okay bagi yang taktahu, ni blog private aku. tapi aku baru open this blog utk public baca. so if korang takde kerja nak stalk post lama lama aku, aku nak minta maaf awal awal dengan kebodohan aku. yela budak budak weh. aku rasa last aku update masa aku diploma. pasal boyfriend aku. yang kini dah lama menjadi ex, dan aku pun dah nak habis degree dah, tinggal final exam ni je. so yeah jangan cakap aku tak warning.

oh btw bagi siapa yang curious why aku clash dgn im? hahahaha ramai gila curious. senang cakap takde jodoh jela. tapi serious im tu baik. aku je kot. yang tak cukup baik untuk dia. tapi aku always doakan dia bahagia even orang yang bahagiakan dia tu, bukan aku. :')

so. whyyyy aku tulis entry ni? sebab aku tengah serabut. so aku nak luahkan kat blog ni. tah siapa yang akan baca pun sukaati ah.

about my entry title,  Thank You, Next. Saja nak acah acah ariana grande. actually nak cakap thank you untuk tahun 2018 ni. sebabbbbb dah banyak gila ajar aku macam macam. too many lesson weh. sumpah aku rasa dalam banyak banyak tahun, tahun ni yang paling aku banyak breakdown, yang paling aku banyak lost. and, yang paling buat aku rasa kuat.

Ni tahun pertama aku pegang title single. yela mmg la aku clash masa 2017 dulu, tapi tahun 2018 ni aku berjaya survive do takde boyfriend. padahal dulu nak balik kuantan dari melaka pun ex aku temankan. sekarang ni aku dah biasa drive sorang sorang. jauh gak kot almost 4 jam. pastu selalu jalan kat mall sorang sorang. g mana mana sorang sorang. ( i mean kat kuantan la, kat melaka banyak je kawan yang baik temankan haha)

and tahun ni jugak la banyak jugak yang aku berkenalan. ada yang aku keluar, ada yang kenal chat je. yelaaaaa aku nak gak ada boyfriend, sunyi do hahaha. aku jealous kot tengok sweet sweet couple kat instagram semua. aku nak rasa jugak! tapi tu lah mostly macam tak menjadi je. ok bukan mostly, tapi semua nya tak menjadi. aku pun taktahu masalah aku ke masalah dorang?? haha. ok la aku ngaku masalah aku. aku suka reject orang yang baik. aku suka reject orang yang suka aku. aku suka badboy. tapi nama pun badboy, so yeah selalu end up kene game la. padan muka sendiri.

aku sendiri pun tak paham, why la aku selalu suka kat laki yang taknak bagi komitmen. yela dia just nak main main je. bila bosan, cari. pastu , hilang. padahal aku boleh je jadi the best girlfriend everrrrrr kot. apa makanan favourite kau? meh aku belajar masak sampai pandai. hari hari aku bagi kau makan. kau nak p lepak dengan kawan kat mamak? nak main futsal? nak main game? haaaa pergi je pergi. nanti bila free meh chat dengan aku. kau ade problem? tengah serabut? haaa meh citer dengan aku. kita fikir solution sama sama. aku cuma nak satu je, komitmen. tapi tu ah. komitmen tu yang paling payah nak bagi kan? hmm.

tapi, kadang kadang aku selalu fikir tau,walaupun aku ni takde luck in love, aku patut bersyukur dapat kawan kawan yang baik gila gila. daripada aku sekolah rendah sampai la degree. alhamdulillah semua kawan aku baik baik. takde yang jenis talam dua muka, semua jenis support member. haritu aku tengah broken teruk pastu aku nangis then kawan aku peluk aku nangis sama sama. huaa sweet teruk kan?! hello for kawan aisyah yang tengah baca ni, you know who you are. thanks tau for everything. you are such a blessing. love you.

okayyy next. so untuk 2019 ni, aku nak berubah, malas dah fikir psl cintan cintun ni. aku dah penat. lagipun aku tak rasa nak kahwin lagi. padahal dulu nak kawin sama umur dengan mak ayah aku kawen, yakni umur 23. tapi takpela. kalau jodoh sampai ada lah. sekarang ni macam bagi hati aku rehat jap. hmm kalau tiba tiba aku rasa sunyi aku layan jela GOT7. layan jackson wang aku. hahahaha sorry la aku ngaku aku kpoppersssssss (ni je cara nak bagi aku hilang sunyi wuuu)

so for 2019, nak focus kat diri aku je. yela aku pun dah nak habis belajar. nak cari kerja semua tu, nanti aku fikir. sebab aku pun taktahu nak kerja apa. tapi takpe, aku figure out slow slow ok.

so, lepas ni nak start healthy lifestyle balik. nak eat clean. pergi gym. nak jaga muka. nak jaga badan. kalau dulu aku nak turunkan berat sebab nak buktikan kat someone, but not anymore. lepas ni everything is about me. aku nak berubah sebab aku. and, nak jaga hati. nak solat penuh. ye aku selalu terlajak subuh. 2019 no more subuh gajah ok aisyah. and nak have a small circle je. orang yang tertentu je boleh masuk 2019 ni haha. yang toxic semua korang stay je kat 2018 ok. dont.ever.come.back.

so tu jela. terima kasih luangkan masa baca entry aku ni.

wishing you guys the best for 2019. lots of love, Aisyahourie.

Friday, 22 May 2015 | 11:36 | 0 comments
so aku dah cerita pertemuan pertama aku kan , now nak cerita macam mana aku mula rapat dengan dia. al kisahnya, disebabkan kampus aku ni kampus baru, jadi malam keesokkannya, ada meeting dengan budak budak kolej. aku ajak yan, tapi yan cakap malas nak pergi. yelah dia kan dah senior ,final sem, so macam tak perlu kot pergi.

jadi aku pun pergi lah meeting tu dengan budak kelas. ada muncul la sikit harapan dalam hati, moga moga aku dapat nampak kelibat im masa kat meeting tu nanti. then aku tengok budak budak siswa, takde pun nampak dia. kecewa sikit. mungkin dia pun malas pergi sebab dia kan senior.

lepas meeting, aku pun lepak lepak dengan kawan kelas. yela masa tu baru naik sem mesti banyak benda nak story. then perut kami lapar, jadi pergilah dewan makan kat pusat pelajar mencari sesuap makanan untuk alas perut..

masa dah sampai tu, tiba tiba mata aku macam tertangkap dengan seorang lelaki ni. dari jauh la. dia tengah duduk. berseorangan.rupa rupanya im! hihi. dia macam tengah menunggu. lepas tu, aku dah rasa gembira sikit, finally dapat jumpa dia lagi. yay. tapi aku tak tahu patut buat apa , yelah takkan aku nak tiba tiba datang kat dia? takut dia label aku gedik :(

tiba tiba dia bangun, dia menuju ke kedai makan yang aku tengah berdiri kat situ, oh rupanya dia nak amek makanan yang dia baru order! so aku dengan excitednya, laju je tangan aku lambai kat dia.

"haii!!"

"......."

"er ingat saya lagi tak? saya echa, kawan yan"

".....ingat. asdhfgjklajkh"

lepas tu aku macam tergamam jap. dia cakap apa, aku tak paham. tak paham langsung. muka dia pun macam blur blur je. cis mesti dia tak ingat aku dah. ke aku salah orang?yela dia second time aku jumpa dia, takut je pelanduk dua serupa. alamak malunyaaaa. aku pun sengih je pastu angguk2 konon faham dia cakap apa. then aku blah.

aku salah orang ke? halamakkkkkkkkkkk.



al kisahnya, selepas aku habis makan then nak otw balik kolej, tiba tiba yan mesej aku. " echaa...im nak num. boleh bagi ke"

rasa macam bunga bunga je kat dalam hati. tiba tiba rasa macam ringan sangat kaki ni. macam melayang. hihi. aku pun balas " yeke..em. bagi jela" eceh bajet bajet jual mahal, padahal tu yang aku dok tunggu tunggu.

dalam 10 minit macam tu....tiba tiba num tak kenal anta..

"smiley"

aku tak ingat smiley apa. orang senyum je kot. hahaha maafkan.

"ni im ea? "

" haah. sorry lah tadi, im baru bangun tidur. so im tak berapa nak cam sangat."

ooooo patutlah blur smacam tadi. nasib tak salah orang tau!

dan aku mesej dia sampai lah tertidor ;)


Tuesday, 19 May 2015 | 11:40 | 0 comments
dah dua tahun aku single. entahla, bagi aku dua tahun tu agak waktu sukar bagi aku. macam macam orang aku dah jumpa. macam macam ragam. macam macam teknik flirting. ada yang memang ikhlas dengan aku. ada yang macam nak menggatal. tapi bagi aku, semua tu takde yang kena dengan cita rasa aku. orang cakap aku memilih. memilih ke? entahlah.

salah ke aku nak seseorang yang terbaik untuk aku. aku nak yang terbaik, sebab aku nak dia bersama dengan aku untuk future planned aku. tapi tipulah, ingat senang ke nak mencari. jodoh ni bukan macam kita look around kat wechat.kenal tak smpai seminggu dah couple. lepas tu tak cukup minggu dah clash. tukar couple macam tukar baju. no. tu bukan cara aku. cara aku, bila aku dah jumpa seseorang tu, akan aku hargai dia. dan usahakan untuk sama sama berjaya dengan dia. susah senang bersama.

dan finally. aku dah jumpa dia. 

ceritanya bermula macam ni. entah macam mana, aku ditetapkan sama bilik dengan senior. dia course lain. nama dia yan. yan ni, cantik, kacukan siam-melayu katakan. dan dia baik. dia pandai main gitar. aku mnta dia ajarkan aku. dia cakap dia tak reti sangat ajarkan orang. lepas tu dia suggest, minta kawan lelaki dia ajarkan aku. aku pun tak kesah, lagi lah aku suka. mana tahu kot kot jodoh. hehe.
 
al kisahnya. ada satu petang tu. yan dah janji dengan kawan dia, nak ajar aku. lepas tu kiteorang tunggu dia. tiba tiba kawan dia bawak sorang agi kawan lelaki. okay, nama kawan yan tu. rafiq. lepas tu aku tanya yan, siapa lagi sorang. yan bisik 

" tu kawan rafiq, im. dia datang mesti dia nak ushaa echa lah tu"

aku pun senyap je. yela baru jumpa. lepas tu yan kenalkan diri aku kat dorang. 

" ni roommate aku, panggil dia echa"

then rafiq cakap, " apa? echa? haaa molek sangat lah tu. ni nama dia imchah"

lepas tu im gelak. aku masa tu. alahai comel nye budak ni. tiba tiba cair. mana lah tak, barisan gigi dia cantik je tersusun. putih. aku suka lelaki sengih macam ni. lagipun, aku suka style dia. rambut dia pacak. dia punya pakaian kemas. dan badan dia agak sado jugak. memang taste akuu hihi. rafiq? masa tu mata aku kat im je.

lepas tu, kiteorang cari port untuk belajar gitar.

masa tu, yan duduk sebelah aku. dan aku duduk sebelah im. im duduk sebelah rafiq.
aku berdebar debar je masa im duduk sebelah aku. dia pendiam. senyap je. aku pun senyap je. rafiq? dia agak tegas. tipulah aku tak takut masa dia ngajar aku. macam nak makan orang pun ada. haha. yan cool je kat sebelah. 

masa tu, ada dua gitar je. gitar im dengan gitar rafiq. gitar rafiq kiteorang guna. gitar im dia sorang je guna. gitar mahal katanya. aku pun kagum tengok gitar dia. cantik. lepas tu, dorang mainkan lagu. cool gila. haih. aku taktau kenapa cool sangat. masa tu aku dah rasa mula suka kat im. 

lepas tu, hari dah hampir magrib. kiteorang pun nak beredar. tapi tiba tiba, im cakap, dia suruh kiteorang pegang gitar dia dulu. sebab dia ada test. dia nak belajar. aku pun tak paham sangat apa dia ni cakap. tapi aku anggap, mungkin dia takut yang dia tak study, and cuma main gitar je kot. lepas tu. dia bagi aku gitar tu. dia bagi akuuuuuuu weh. kenapa aku. haaha ceh poyo je padahal aku kat sebelah dia kan. nak bagi yan, jauh sangat.

lepas tu. masa nak blah tu. dia nak pergi dah dengan kawan dia. lepas tu aku just berharap, toleh lah belakang. toleh belakang! kalau kau toleh belakang maknanya kau pun suka aku! then..guess what?


dia toleh! hihihi. lepas tu aku terus je cakap " terima kasih tau" then dia senyum sambil angguk. 

so tu lah pertemuan pertama aku dengan dia.

Monday, 11 May 2015 | 08:47 | 0 comments


hai sayang, ooo bila merajuk dengan saya awak pergi dekat game ye. sabar jela, main elok elok sayang, dah kalah nanti jangan lupa whatsapp saya.
Tuesday, 15 October 2013 | 02:52 | 0 comments



so yeahhh aku ada sebulan setengah without kerja sekolah  assignment ! dulu selalu tersasul sebut kerja sekolah hahaha. yeayy im so in love with this university-student-lifeeeee :) so as usual, haruslah pasang mission right, nak buat apa sepanjang cuti sem ni. tak kan nak menggemokkan badan jeaaaa. huge NO ! da lah terkejut gila timbang berat hari tu. hahahahaha 50kg++++++ perghhhhh aku makan apa laaa kat lendu tu sampai jadi macam ni T_T

mak suruh ambil lesen kereta......hahah helll noooo, im not ready yet -_- seriously lintas jalan ponnnn jerit 'mamyyy' sambil pimpin tangan kawan, erkkk i know i mengada n manjaaa , so macam mana nak bawak that mende alah empat segi yang beroda tu? erghh....next time yahh mommmy hihihihi *muka innocent*

okay next..my target nak kuruskan badan......hahahaha okay memang la orang cakap " echa dah kurus dah, nak kurus apa lagi " but nak buat macam mana... banyak gila okay baju dah tak muat! semua baju makin mengecil iskkkkkk. urghh da lah ketinggian ni tak reti nak stop.. nak sama tinggi dengan abang aku dah hahaha. so... yahh. lepas ni nak workout balik sit up 50 kali sehari, jog, lompat tali 100 kali. JUST WISH ME LUCK ok :)

thenn..haaaa bout this dua bijik pau kat pipi. urgh seriously having a fat cheek is not cool . alaaa memey lah orang cakap comel apa pipi tembam...tapi echa mengada ni tamao pipi tembam wuuuuuu. nak pipi slim plish plish plish. tak sanggup dah nak bawak this dua biji pau kat pipi. so i'm in process buat face - workout ! hahaha tapi dari dulu lagi buat face workout , tak pernah pon berkesan.....isk.. its okay, i'll try again  :(

then pasal skincare... tatau lah kenapa, since dok lendu ni, aku ada masalah muka yang agak kritikal lah :'( maybe masalah air kot, tatau la. nak cakap pasal lendu panas, kuantan pon sama je panas nya . tapi yahh, i think i look like monster kot wuuuuuuu. kalau tengok pic, beza gila dulu dan sekarang.. dulu pipi not-so-chubby and muka ehem..boleh tahan la licin. sekarang. urghh ada bintik bintik then tembammmmm.urghhh. balik kuantan , abah mak adik tegur kenapa muka dah terok. INSECURE GILA WOI. :'( insecurities can kill ....huh. so dah discuss dengan mommyyy, then she's agree nak bawak i pergi jumpa doktor skincare. i pon dah save duit sikit . yayyy. all the best for meeeeeeee.

kerja? hmm tak kot.. memang lah nak duit..tapi rasa cam tak sempat je nak kerja..kalau kerja pon, tolong kak iz jaga kedai kucing kot... siapa yang stay kuantan and ada kucing tu...meh la shopping kat sookie's store... insyaALLAH berbaloi.. harga murah dari yang lain. :)

lepas tu..mesti lah nak spent time with yang tersayangggggg ;) nak spent time dengan family , kawan kawan, boyfriend.....lupa wa takde boyfriend har har har okay tak lawak. heeeee ok thanks stalker for spending your time baca entry itew yang ngarot ni hikhik byee ^^

Monday, 14 October 2013 | 06:38 | 0 comments
dah lama gilaaaaaaa tak update belog kan? aku busy lah....:( okay tipuu. aku...... malas. haha banyak je story nak cerita , tapi tu lah. malas.............zzzz

so dengan ini aku try katangkan tulang empat kerat aku ni untuk taip this entry :) 

cuti sem dah bermula.. so dah berakhir laa life aku as part 1. serious derrr best gila life as student ni. nak nak lagi as student uitm ha ha ha di mana peraturan tak ketat mana. which is i loikeee. so kena pandai bawak diri lah. memang kena belikari berdikari habissss. 












start dengan budak kelas, MAC1201C. kay sayang sangat sangat kat dak kelas aku ni :* semua best best. study sama sama, siapkan assignment sama sama, main wechat dalam kelas sama sama , balik kelas sama sama, hahaha korang da best lah. hope next sem kekalkan lah kelas ea? lap chuu guys :*



bout roommate .. okay bersyukur dapat roommate macam dorang. best main gaduh gaduh dalam bilik dengan pana and emma, selalu share masalah and bergosip dengan pana ,huhuhu ermm aku duduk katil atas double decker. pana duduk bawah. lepas tu mula ahh dia pegi kat katil aku then wat muka pelik dia tu hahaha. eleh comel lah tu? then aku tutup muka dengan bantal malas nak layan. lepas tu mula la pana ngadu kat emma. and biasanya emma time tu tengah otp. so emma pon tak berapa nak layan pana hahahaha. yeah emma tu 24hr otp je tahu ish ish ish -_- apa apa pon im gonna miss you guys and sure mampos la aku kalau dorang baca entry ni hahahaha 






pasal kengkawan lak , haha kawan dengan dorang lawak gilaaa. ada je mende nak bahan. lol. and biasanya...aku laa yang kena bahan. iskkk T_T ada je dorang nak bahan aku. -_____- saba jela, kaba kawan. hmm rindu pulak rasa nak pegi lunch dinner dengan dorang, tengok movie sesamaaaaa. rindu hahahaha jumpa korang sem 2 nanti ok ^^

pasal ehem ehem plak......ok wa takde pakwe. tamat cerita.


so yahhhh, goodbye sem satu ! thanks for the memories ;) cant wait for the next sem. takde patwananjing dah hahahahahahahahahahahahahaha kbye

Sunday, 4 August 2013 | 11:31 | 0 comments


Dear no one by Tori Kelly. I'm so admire with this song.

that song describe about a girl that is waiting someone out there, that will love her until they old, that will treat her right, give her jacket when her cold, and be her man. yes that girl describe me a lot.

I've been trough a lot pain about this. about love. love hurts me. That feeling when you're deeply had crush on someone , and he is giving you hopes, but finally its end with his picture with his girlfriend :)

that feeling again you have fall for someone, he's cute , adorable, sweet, handsome, damn hot, but finally he left you without any reason. he gives you hope and just left you. just like that. and yeahh, I've felt that :)

that feeling when you're feeling lonely , and suddenly you're seeing that cute couple, a gorgeous girl with her hot boyfriend, taking a picture and having a great time together , and yeah, of course its hard to say that you're not envy with them.

that feeling when a guy play with your heart, just like a toy, he treat your heart nicely, and suddenly throw your heart away until its been broken.

pain . the only word that can describe my feeling.

dear no one, dear you.. I know you're out there. i'm done looking for you cause i know when the time is right you'll be here with me. i know Allah will send you to me with the right time , right place and right person. i'll wait for you dear no one :')

p/s : sorry for my broken English, I'm trying to improve my language skill.