Hi Assalamualaikum. Welcome to Eycha's private blog. Enjoy your reading. Thank you. +Follow | Dashboard


♫ Music tells everything ♫

✿ Princess Hourie ✿

Credit

Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome



Friday, 22 May 2015 | 11:36 | 0 comments
so aku dah cerita pertemuan pertama aku kan , now nak cerita macam mana aku mula rapat dengan dia. al kisahnya, disebabkan kampus aku ni kampus baru, jadi malam keesokkannya, ada meeting dengan budak budak kolej. aku ajak yan, tapi yan cakap malas nak pergi. yelah dia kan dah senior ,final sem, so macam tak perlu kot pergi.

jadi aku pun pergi lah meeting tu dengan budak kelas. ada muncul la sikit harapan dalam hati, moga moga aku dapat nampak kelibat im masa kat meeting tu nanti. then aku tengok budak budak siswa, takde pun nampak dia. kecewa sikit. mungkin dia pun malas pergi sebab dia kan senior.

lepas meeting, aku pun lepak lepak dengan kawan kelas. yela masa tu baru naik sem mesti banyak benda nak story. then perut kami lapar, jadi pergilah dewan makan kat pusat pelajar mencari sesuap makanan untuk alas perut..

masa dah sampai tu, tiba tiba mata aku macam tertangkap dengan seorang lelaki ni. dari jauh la. dia tengah duduk. berseorangan.rupa rupanya im! hihi. dia macam tengah menunggu. lepas tu, aku dah rasa gembira sikit, finally dapat jumpa dia lagi. yay. tapi aku tak tahu patut buat apa , yelah takkan aku nak tiba tiba datang kat dia? takut dia label aku gedik :(

tiba tiba dia bangun, dia menuju ke kedai makan yang aku tengah berdiri kat situ, oh rupanya dia nak amek makanan yang dia baru order! so aku dengan excitednya, laju je tangan aku lambai kat dia.

"haii!!"

"......."

"er ingat saya lagi tak? saya echa, kawan yan"

".....ingat. asdhfgjklajkh"

lepas tu aku macam tergamam jap. dia cakap apa, aku tak paham. tak paham langsung. muka dia pun macam blur blur je. cis mesti dia tak ingat aku dah. ke aku salah orang?yela dia second time aku jumpa dia, takut je pelanduk dua serupa. alamak malunyaaaa. aku pun sengih je pastu angguk2 konon faham dia cakap apa. then aku blah.

aku salah orang ke? halamakkkkkkkkkkk.



al kisahnya, selepas aku habis makan then nak otw balik kolej, tiba tiba yan mesej aku. " echaa...im nak num. boleh bagi ke"

rasa macam bunga bunga je kat dalam hati. tiba tiba rasa macam ringan sangat kaki ni. macam melayang. hihi. aku pun balas " yeke..em. bagi jela" eceh bajet bajet jual mahal, padahal tu yang aku dok tunggu tunggu.

dalam 10 minit macam tu....tiba tiba num tak kenal anta..

"smiley"

aku tak ingat smiley apa. orang senyum je kot. hahaha maafkan.

"ni im ea? "

" haah. sorry lah tadi, im baru bangun tidur. so im tak berapa nak cam sangat."

ooooo patutlah blur smacam tadi. nasib tak salah orang tau!

dan aku mesej dia sampai lah tertidor ;)