Hi Assalamualaikum. Welcome to Eycha's private blog. Enjoy your reading. Thank you. +Follow | Dashboard


♫ Music tells everything ♫

✿ Princess Hourie ✿

Credit

Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome



Saturday, 11 May 2013 | 13:13 | 0 comments
Hai Assalamualaikum . entry ini adalah khas ditujukan kepada jejaka jejaka di luar sana yang hatinya telah hancur kerana saya. Saya, Saiyidah Aisyah Hanzah, dengan ini meminta maaf , jika selama ini, saya telah menyakitkan hati anda anda sekalian. Saya dengan jujurnya mengaku, ini semua memang salah saya. Niat hanya nak berkawan, tapi mungkin, atas layanan saya yang baik, anda sekalian salah faham dengan saya.

Saya sudah lali, dan saya sedia , menerima tohmahan anda semua. Saya memang layak , diperkatakan oleh anda dengan begitu, dan begini. Jangan risau, Allah s.w.t sudah membalas perbuatan saya . Saya juga pernah merasai apabila direject , dan memang ya, memang sakit perasaan tu. tapi saya terima, kerana saya sedar, perasaan tak boleh dipaksa. dan saya sedar, mungkin ini balasan Allah s.w.t kepada saya.

Dengan ini, saya menyusun 10 jari, meminta maaf. Jauhi lah anda sekalian daripada saya, kerana saya sangat sangat sangat serik. saya akan lari jauh jauh dari hidup anda, sila abaikan saya, anda sekalian memang baik sangat memberi layanan kepada saya, tapi saya balas susu dengan tuba. iya saya sangat sangat kejam. jadi selepas ini saya akan menjauhi anda sekalian, untuk kebaikan anda, dan juga kepada saya. Segala hal yang berlaku amatlah dikesali.