Hi Assalamualaikum. Welcome to Eycha's private blog. Enjoy your reading. Thank you. +Follow | Dashboard


♫ Music tells everything ♫

✿ Princess Hourie ✿

Credit

Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome



Monday, 11 March 2013 | 00:45 | 0 comments


takde boyfriend tapi ada hati nak taip entry pasal boyfriend terhebat. hahaha. well, aku baru just terpikir , kan bagus kalau aku ada boyfriend macam ni, macam tuu, so last last apa kata aku share jea pendapat aku yang tak bertauliah ni dekat blog. mana laa tahu kan , kot kot ada yang boleh tolong buat girlfriend kau tangkap cintan dengan kau. kan kan? so baca je, jangan gelak pulak wei, aku kan memang kuat berangan. hoho :3

semua ni kau buat untuk girfriend kau yang betul betul official lah ekk, kalau kau nak tackle girl guna cara aku gitau ni, belum tentu boleh dpat, silap hari bulan girl tuu annoying and serabut dengan kau , aku tak tanggung :p

- date untuk pertama kali? pergh make sure aaa kau bagi good impression dekat dia. sebab , pandangan pertama memang penting . biasanyaa orang first date ni date kat shopping mall tu semua kan. so make sure aa poket kau betul betul berisi time tuu. kalau boleh jangan bagi awek kau keluar duit langsung. berkorban sikit for the first date. ;)

- kebanyakkan perempuan memang sukaa makan benda manis manis macam chocolate, aiskrim tu semuaa. so apa kata , kadang kadang kau belikan mende alah tu semua kat awek kau. bunga? well aku tak suka sangat bunga, macam aku tengok kat dalam citer movie tu semua. memang selalu kan hero bagi bunga kat heroin time dorang nak date. bagi aku menyusahkan je awek tu nak pegang. haha. bagi aku aaa .

-satu bonus bagi kau kalau kau reti main gitar . perghh aku memang teringin sangat nak ada boyfriend yang pandai main gitar ni. haha. sebab apa ?seriously buruk macam mana pun kau, sangat laa cool kalau kau pandai main gitar. main pulak lagu yang feeling feeling. pergh cair bebb. so apa kata sometimes tetiba jea kau datang umah awek kau, call awek kau suruh keluar, then kau mainkan lagu depan umah dia. pergh perrgghhhh , sweetnyaa. tapi make sure aa parents awek kau tuu sporting, kalau tak, bersedia laa kena humban dengan penyapu ;D

- make sure kau ingat tarikh tarikh penting macam anniversary korang, birthday dia. kalau kau ni pelupa tahap tenuk sekali pun, sila aa buat reminder awal awal sehari sebelum hari kejadian dalam phone kau kay. memang cari nahas ah kalau kau boleh kantoi terlupa tarikh tuu. make sure hari tuu kau layan dia leklok, elok bergaduh, and jadikan tuu hari yang bermakna untuk korang berdua. cewah. 

- perempuan ni memang suka sangat bercerita. macam citer korea ke, atau novel cintun yang dia baru baca ke. so even kau memang tak minat langsung mende gituu, atleast kau buat buat lah berminat dengar citer dia. make sure kau faham apa yang dia cerita tuu okay. 

- perempuan memang suka pujian. so kalau kau nak pergi date tuu, apa kata kau puji " cantiknya awak hari ni" make sure dengan ikhlas tau . sebab kau memang tak kan tahu berapa lama perempuan sanggup bersiap hanya untuk nampak cantik depan boyfriend dia. tuu bagi spesies aku ahh. tapi ada jugak jenis yang tak pakai bedak pun, pergi gitu jea. hahaha terpulang.

- perempuan sangat lah hargai kalau dekat bio facebook or twitter , kau ada sebut " taken by *nama awek kau* " tu maknanya , satu langkah nak tunjuk yang kau betul betul setia and sayang dia la. tak perlu kot bersweet lebih lebih macam hantar wallpost , tweet, " sayang, b cintakan sayang " eeeeeew tak perlu kot. cukup lah sweeet hanya korang berdua sahaja yang tahu :)

- perempuan paling pantangg kalau kau rapat dengan minah lain. kalau betul betul kawan tuu , aku rasa awek kau masih lagi boleh paham. tapi macam kalau kalau yang baru nak berkenalan kat facebook tuu, korang memang cari maut leee. mesti dia akan cakap, " kenapa message saya, g lah chat dengan perempuan yang awak baru kenal tuu " dan seangkatan dengannya. haruslah take note, perempuan ni adalah insan yang boleh dinobatkan sebagai stalker terhebat. haha. hmm. tapi ada jugak yang girls tak kisah and cool jea, sebab dia pun jenis macam tuu. so dia paham la kawan adalah kawan, girlfriend adalah girlfriend. 

- kau tak perlu nak 24 hour berkepit text dengan dia, call dengan dia . pheww bagi aku serabut kot. awek kau ada jugak life dia sendiri dengan family dia, dengan kawan dia. tapi jangan sampai pulak dalam seminggu terus tak contact langsung. contohnya dalam sehari tuu, kau call lah dia atau text dia kejap. buat dia tahu yang kau always ingat dia. make sure apa apa hal , kau yang text dulu. sebab perempuan ni , sangat lah susah nak text lelaki dulu . so guys, please make first move okay?

- kalau aku tengah hang out kan, aku suka tengok couple yang pakai baju sama. like seriously, sweetnya diaorangggg. huhu . so apa kata, sehari sebelum kau date, kau tanya awek kau, " awak, esok awak pakai baju colour apa?" sure awek kau suka sangat kalau kau sudi nak pakai baju sama colour dengan dia ;)


- kalau awek kau tu sanggup memasak untuk kau, seriously dia memang bersungguh sungguh memasak. so walaupun masakan mak kau beribu lagi sedap dari awek kau punya, sila lah puji. jangan lak kau nak kritik cakap, terlebih masin lah, tawar lah, seriously don't. puji laaaaah , and kalau betul betul tak sedap and tak boleh nak telan, kau cakap , " awak, cuba awak rasa " sambil suap kat dia. kalau deria rasa dia tak rosak, mesti dia cakap " ya Allah, kenapa masin sangat ni! tak payah makan la awak, lain kali saya buatkan lagi ea" tapi kalau dia senyap je, nasib kau laaaa habiskan masakan tu. bhahahahhaha

- kalau kau tertiba dapat call dari dia, silaaaa la angkat cepat cepat nya. and aku rasa sangat lah gentleman kalau kau cakap, " awak, saya call balik ye. nanti habis lak kredit awak " perghhhh ni memang sweet gila aaa. untung sapa jadi awek kau.

- kau tengah date dengan dia dekat mall, then kau tengok jam , kau cakap kat awek kau , " awak, dah masuk waktu zohor ni. jom solat " pergh bestnyaa dapat boyfriend macam nii. nak lagi sweet. contohnya kalau kat kapitalmall tuu, surau laki dengan surau perempuan berbeza tingkat. so kau teman dulu awek kau pergi surau perempuan, baru kau pergi surau laki. weyy gentleman gilaaa okay.

- aku rasa sangat lah awesome kalau ada boyfriend yang bawak kereta time nak dating then amek awek dia dari rumah. lepas tu mintak permission mak bapak awek tuu. kay impian aku tu kay.haha. so kalau kau ada lesen kereta and ada kereta sendiri satu bonus lah untuk kau. awek mana tak suka kann kalau ada bf macam tu.

- seperti yang aku cakap tadi, kau tak perlu 24hr text dia. tapi sebelum kau nak tidur tuu, kau text ahh message sweet sweet kat dia. haruslah diingat, sweet ye bukan jiwang. aku tak minat jiwang jiwang ni, bukan taste aku. anddd aku suka perkataan 'take care' tuu. sebab macam boleh lah nampak lah yang kau ambek berat dengan awek kau tuu. so bila kau nak byebye dah dengan awek kau tuu, jangan lupa wish ' take care ' kayyyy ;)

- gaduh? lelaki memang terkenal dengan EGO kan. please lah lelaki turunkan sikit ego kau tu. sebab perempuan ni. bila laki dah tak layan dia text call dia. mesti perempuan tu akan pikir bukan bukan. then mulalah your relationship will getting worst. hmm. kalau awek kau pulak yang tamao layan text call kau, kau jangan give up kay. walaupun dia tengah marah, tapi dia sebenarnya mengharapkan kau call atau text dia. perempuan biasalah, ego jugak. hehe. so kalau dia still jugak tamao layan. kau text ahh macam "takpelah awak taknak balas.. kalau awak perlukan saya, just text k.. saya always ada untuk awak. i'll wait" hee macam tu laah. then sure tak lama lepas tu awek kau cari kau balik. huhu. ehhh dah macam pengarang novel dah aku ni. hahahar



okay mengarut gilaaaaa kan idealogi aku yang tak bertauliah ni. aku tau korang tengah gelakkan aku kannn. gelak ahh puas puas. tapi aku nak share jea apa yang aku rasa. haha. kalau ada apa apa, silaaa ah bagi komen. hantar pm kat facebook tau. aku tunggu . hahaha. so boys, goodluck lah jadi boyfriend terhebat ;)